Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua Guru, Staf, Ibu Bapa, Murid
Tetamu VVIP yang hadir :
- Ketua dan Timbalan Ketua Balai Tanjung Piandang
- Pengetua dan Barisan Pentadbir SMK Raja Lope Nur Rashid, TP
Mukaddimah
Hari interaksi bersama ibu bapa dan waris dijalankan pada
setiap tahun oleh pihak sekolah bagi memberi makluman dan penyerahan slip
keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), Pelaporan Psikometerik bagi
murid tingkatan satu dan lain-lain keputusan kepada semua ibu pada tentang
tahap perkembangan anak masing-masing. Semoga dengan usaha ini dapat memberi
kesedaran kepada semua yang terlibat untuk terus melihat kemenjadian murid dan
anak-anak sebagai agenda utama pihak sekolah.
Bagi tahun ini, hari interaksi dijalankan bersama dengan
sambutan hari raya peringkat sekolah dimana semua pihak dapat dikumpulkan dalam
satu majlis yang santai, disamping itu juga, sedikit motivasi ringkas diberikan
kepada ibu bapa dan waris serta anak-anak pelajar agar sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti dalam perkembangan akdemik, kokurikulum dan sahisah diri.
Tujuan
Untuk mengeratkan silaturrahim diantara Warga SAMAWAT
bersama komuniti ibu bapa dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid khusus
dalam akademik, kokurikulum dan perkembangan sahsiah diri murid.
Objektif Program
Memupuk nilai kerjasama antara ibu bapa/waris dan komuniti
dalam perkembangan dan pembangunan
sekolah mengingati dan menghayati Hari raya aidil fitri.
- Memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan menuntut ilmu dan menanamkan dan memupuk minat mencintai hari kebesaran islam.
- Mempupuk nilai dan sikap kepedulian semua pihak serta menghubungkan silaturahim dan bermaafan di antara warga sekolah sempena hari raya
Tentatif Program
- 7.30 am : Ucapan Pengerusi Majlis
- 7.40 am : Majlis Bacaan Surah Al-Khafi (Oleh Ustaz Roslan)
- 8. 15 am : Ucapan Tuan Pengetua
- 8.30 am : Motivasi bersama ibu bapa/murid (Cikgu Anuar)
- 9.00 am : Penyerahan Slip Keputusan PPT, SEGAK dan Ujian Psikometrik tahun 2019.
- 10.00 am : Jamuan Hari Raya dan Persembahan
- 11.45 th : Sesi Bergambar
- 12.00 th : Bersurai
Antara tetamu VVIP yang hadir |
Sekilas Persembahan oleh Cikgu Anuar Ali |
Sekitar Jamuan Hari Raya |
Sekitar majlis penyerahan kad pelaporan keputusan PPT 2019 |
Ucapan ringkas oleh Tuan Pengetua |
Slot Motivasi oleh Cikgu Anuar Ali |
Ucapan Pengerusi Majlis |