Selasa, 23 Oktober 2018

TAKLIMAT KEMASUKKAN KE KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA SESI 2018

Tarikh : 23 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh, SAMAWAT
Sasaran : 26 orang murid (lepasan PT3 tahun 2018)
Penceramah : En. Azmi bin Md. Noor & En. Zaini bin Md Noor (KV Kerian, Perak) bersama dengan 3 orang pelajar tahun dua.

Mukaddimah

Alhamdulillah, selesai sudah jelajah yang dilakukan oleh pihak Kolej Vokasional, Kerian, Perak bagi tahun ini di SAMAWAT bagi taklimat kemasukan ke Kolej Vokasional bagi sesi 2019. Seramai 26 orang murid tingkatan tiga yang sudah menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah ditaklimatkan oleh wakil KV, kerian mengenai syarat-syarat kemasukan bagi sesi 2019. Perjalanan yang diatur dengan kerjasama kedua-dua belah pihak pada setiap tahun ini telah dijadikan acara tahunan setiap kali berakhirnya PT3.

Harapan pihak sekolah agar murid yang layak dan tidak berupaya menguasai Bahasa Arab khususnya menjadikan platform ini sebagai landasan untuk membina kerjaya masa hadapan yang lebih gemilang. Sekilas gambar-gambar sepanjang kunjungan dan taklimat oleh pihak KV, Kerian, Perak ke SAMAWAT.

Menerima jemputan Tuan Pengetua sebelum taklimat





Lawatan sekitar di Bilik Galeksi SAMAWAT


Murid tingkatan 3 sedang mendengar taklimat oleh pegawai KV


Jumaat, 19 Oktober 2018

BENGKEL MENJAWAB SEJARAH

Tarikh : 19 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 am -11.00 am
Tempat : Makmal Sains SAMAWAT
Sasaran : 25 orang calon SPM tahun 2018
Penceramah :

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID

Ancaman Bahaya LGBT

Tarikh : 19 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 7.30am hingga 9.00am
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua murid, Guru dan Staf
Penceramah : En. Azuan bin Aminuddin

Mukaddimah

Alhamdulillah..selesai sudah ceramah bagi Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid berfokus kepada Ancaman Bahaya LGBT (Lesbian, Gay, Bioseksual & Transgander) yang melibatkan kesemua seramai 153 orang murid dan kesemua guru dan kakitangan sekolah.

Acaman pengaruh LBGT didunia dan amnya di Malaysia telah memberi kesan yang mendalam kepada sosial budaya masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama islam. Penularan pengaruh ini perlu disekat demi melihat generasi murabbi di Malaysia khususnya golongan belia tidak menjadi mangsa kepada situasi ini. Maka dengan ini, pihak sekolah melalui peruntukan yang diberikan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Perak mengambil insentif dengan menjemput seorang penceramah yang cukup berpengalaman daripada SMK Panglima Bukit Gantang, En. Azuan bin Aminuddin untuk sama-sama berkongsi isu ini dengan warga SAMAWAT agar segala ancaman isu ini dapat diatasi.

In syaa Allah dengan pengetahuan dan ilmu yang berguna ini, semua warga SAMAWAT menjadikan landasan ini untuk menyebarkan segala maklumat agar ancaman dan pengaruh LGBT dapat dibenteras demi kesejahteraan umat islam di dunia khasnya di Malaysia.

Penceramah : En. Azuan bin Aminuddin





En. Azuan bersama dengan anak-anak SAWAMAT


Penyampaian Cenderahati oleh pihak sekolah kepada Tuan Penceramah yang disempurnakan PK HEM
(Puan Hajah Rohizah binti Haji Bawi)

Rabu, 17 Oktober 2018

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2018

Tarikh : 16 hingga 23 Oktober 2018
Tempat : SAMAWAT
Jumlah Calon : 24 orang

Alhamdulillah, tahun ini merupakan kali pertama Peperiksaan STAM dijalankan di SAMAWAT melibatkan 24 orang calon sekolah dan seorang calon menumpang.

Selasa, 16 Oktober 2018

HARI SUKAN NEGARA & GOTONG ROYONG MEMBANTERAS AEDES PERINGKAT SEKOLAH 2018

Tarikh : 13 Oktober 2018
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi

Pada hari sabtu bersamaan dengan 13 Oktober 2018, SAMAWAT telahpun berjaya mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah serta gotong-royong membanteras nyamuk aedes.Tambahan daripada itu, program juga turut dimeriahkan dengan aktiviti memasak bubur asyura.

Dimulakan dengan aktiviti senamrobik



Larian desa permai


Pengetua turut serta dalam aktiviti berjalan kaki keliling desa

Gotong royong mengemaskan Dorm





Ibu bapa turut sama membantu mengacau bubur asyura







Turut sama hadir iaitu Ustaz Asmuni Awang,Mantan Pengetua SAMAWAT


walaupun letih tetapi masih mampu tersenyum

Jumaat, 5 Oktober 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN BINTANG SAHSIAH UNGGUL

Program Jom Ke Sekolah/ Kehadiran Penuh 100% (Individu)

Tarikh : 5 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 7.45am
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disampaikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Tuan Pengetua)
Jumlah Calon : 61 orang murid

Majlis Program ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid yang hadir 100% bagi bulan ogos dan september bagi tahun ini. Dengan kerjasama dengan guru-guru kelas, 61 orang murid telah dikenal pasti dan diberikan penghargaan oleh pihak sekolah agar terus mengekalkan rentak kehadiran sehingga hari terakhir persekolahan bagi sesi 2018.

Penghargaan ini diberikan adalah untuk memberi semangat dan rasa dihargai dalam diri setiap murid yang menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik terhadap kepentingan hadir ke sekolah pada setiap hari. Semoga dengan majlis ini mampu memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain untuk terus hadir ke sekolah pada setiap hari.

Terbaik STAM

100% kehadiran (Ogos) Tingkatan 3

Terbaik Tingkatan 1

Terbaik Tingkatan 3

Terbaik Tingkatan 2

Rabu, 3 Oktober 2018

BENGKEL MENJAWAB THANAWI TAHUN 2018

Tarikh : 3 Oktober 2018 (Rabu)

POST MOTERM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2018

Tarikh       :   2 Oktober 2018 (Selasa)
Masa         :   2.45pm hingga 5.00pm
Tempat      :   Bilik Gerakan Sekolah
Pengerusi  :   Pengetua
Sasaran     :   Semua Penolong Kanan, Semua guru tingkatan 5, kaunselor & semua calon SPM 2018.
Objektif    :   1. Menganalisis pencapaian peperiksaan percubaan
                     2. Mengenal pasti kelemahan dan puncanya
                     3. Menentukan strategi dan membuat penambahbaikan


Tn. Pengetua mempengerusikan mesyuarat post Mortem


Penolong Kanan, guru-guru tingkatan 5 dan Kaunselor turut hadir



PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) TAHUN 2018

Tarikh : 1 hinggha 4 Oktober 2018
Masa : Isnin - Khamis
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT (Sekolah Lama)
Jumlah calon : 26 orang (14 lelaki & 12 perempuan)






Coffee Break khas untuk calon PT3

Taklimat  dan kata-kata perangsang oleh barisan pentadbir