Rabu, 26 Oktober 2016

KEM GEMILANG SPM 2016 SAMAWAT

Tarikh : 22-23 Oktober 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Suria Servis Apatment Bukit Merah Laketown
Sasaran : 19 Orang murid SAMAWAT

Fokus : 1) Matematik, 
             2) Sains, 
             3) Perdagangan, 
             4) Pendidikan Quran Sunah (PQS) dan,
             5) Bahasa Arab.


Bacaan Doa permulaan program

Bengkel PQS



Bengkel Matematik



Riadah SAMAWAT

Bengkel Perdagangan

Bengkel Sains

Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah)


Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan (Bahasa Arab)

Penyampaian sijil penghargaan tertinggi calon percubaan yang mendapat 7A & 2B

Ketibaan murid di sekolah

OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah;
3.1    Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar khususnya berkaitan subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi Asas, Matematik, Sains dan Fizik.
3.2    Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa yang cekap.
3.3  Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
3.4    Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
3.5    Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2016.
3.6   Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa ( pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini.
3.7     Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM 2013


HARAPAN

Adalah diharapkan agar perkhemahan ini mendatangkan faedah yang besar  kepada semua peserta dan urusetia  yang terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama. Semoga impian terlaksana.


Edited by : Muhd Faisal bin Hassan

Selasa, 25 Oktober 2016

PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH " Perangi dan Jauhi Zina"

Tarikh : 19 Oktober 2016
Masa : 9.00mlm hingga 11.00mlm
Tempat : Dewan SAMAWAT
Penceramah : En. Azuan bin Aminuddin (SMK Panglima Bukit Gantang)












Edited by : Muhd Faisal bin Hassan

Rabu, 12 Oktober 2016

PROGRAM HARI KECERGASAN SAMAWAT SIHAT 2016

Tarikh : 8 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pg - 10.30 pg
Tempat : Dataran SAMAWAT

Pengenalan :
Kesihatan dan kecergasan adalah faktor dalam menentukan kesejaheraan dalam kehidupan. Pelajar-pelajar yang cergas dari segi fizikal dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial dapat dilahirkan dengan adanya program seumpama ini bersesuaian dengan hasrat pendidikan negara. Semua ini dapat diperolehi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan aktiviti kecergasan.

Objektif Program :
  1.  Menggalakkan warga SAMAWAT untuk mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian
  2. Mengeratkan silaturrahim di kalangan warga SAMAWAT
  3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru dan kakitangan SAMAWAT dalam menjayakan program ini
 Tentatif Program :

7.30 pg - Guru dan murid Berkumpul di Dataran SAMAWAT
7.45 pg - Bacaan doa
            - Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Perak
            - Ucapan Penyelaras Program (PK Kokurikulum)
            - Ucapan Perasmi (Pengetua SAMAWAT)
8.30 pg - Aktiviti senaman
             - Silatrobik
9.00 pg - Larian SAMAWAT sihat
10.30 pg - Bersurai


 Gambar Sepanjang Program



Larian SAMAWAT sihat

Silatrobik pelajar lelaki

Silatrobik pelajar lelaki

Larian SAMAWAT sihat

Larian SAMAWAT sihat

Silatrobik pelajar perempuan


Ucapan Pengetua SAMAWAT


Ucapan Pen. Kanan Kokurikulum

Barisan guru

Ustaz Azmi bin Othman mengetuai aktiviti senaman


Pengacara Majlis


Barisan  pelajar SAMAWAT yang menyertai Larian SAMAWAT sihat

Selasa, 11 Oktober 2016

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2016

Bermulanya Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 bertarikh : 10 -13 Oktober 2016
Majlis bacaan doa dan pemberiaan vitamin c dan kismis serta amanat pembakar semangat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SAMAWAT.





Jumaat, 7 Oktober 2016

MAJLIS MOHON RESTU PERDANA, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN

Tarikh Program : 29 September 2016
Tempat Program Dijalankan : Masjid Jamek Tanjung Piandang
Kumpulan Sasaran :Seluruh warga SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah dan ibu bapa /penjaga 
Bilangan Penyertaan : 209 orang




Sekitar pendaftaran ibu bapa/waris

Objektif Program

i)                    Memberi kekuatan mental dan rohani dalam menghadapi peperiksaan
ii)                  Memberi ketenangan jiwa ketika berada di dewan peperiksaan
iii)                Memohon pertolongan Allah agar dimudahkan menjawab soalan peperiksaan
iv)                Mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan ibu bapa atau penjaga

Pelaksanaan Program





Sepanjang Mjalis berlangsung



6.30 petang – Pendaftaran ibu bapa/penjaga

7.11 petang - Solat maghrib berjemaah
                    -  Ucapan Pengetua SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah
                    -  Bacaan Yaasin
8.20 malam - Solat Isyak berjemaah
                     - Solat Sunat Hajat
                     - Program Sentuhan Hati oleh Ustaz Shamsul Bahrin
9.40 malam    – Jamuan dan bersurai
 

Impak

i)      Memberikan kekuatan mental dan rohani kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan

ii)    Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk berusaha mencapai kecemerlangan akademik

      dan sahsiah

iii)  Memberi kesedaran tentang tanggungjawab ibu bapa dalam memberi perhatian terhadap
      kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak
iv)  Mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan ibu bapa atau penjaga 








Edited by : Penyelaras